Cerita dari Hospital Selayang 2

Paksuu ingatkan kak ani dah habis bercerita tetapi setelah diam agak lama kak Ani bersuara kembali.

“pengalaman kedua yang kak Ani tak boleh lupa….ada sorang perempuan yang mengandung anak luar nikah ni sakit betul nak beranak…sakitnya lain macam akak tengok…’nurse-nurse’ yang ada kat situ nasihatkan dia supaya bacalah apa-apa ayat al Quran,Al fatihah ke ayat Qursi ke dengan harapan dapat redakan sakit tu sikit…tapi perempuan ni hanya menggelengkan kepala dia sambil menahan sakit…banyak kali jugak ‘nurse’ tu suruh baca ayat al Quran tapi perempuan ni tetap gelengkan kepala dia…pelik akak tengok…rupa-rupanya lepas dia bisikkan kat nurse yang paling dekat…dia sebenarnya tak tahu sepatah langsung baca ayat al Quran…Al fatihah pun dia tak tahu…barulah akak faham masa mula-mula dia ‘chek in’ kat hospital ni memakai pakaian ala ustazah hanya semata-mata nak menutup perutnya yang dah membesar tu…tak elok dia buat camtu,boleh beri imej yang buruk pada perempuan muslimah”

Paksuu hanya termenung jauh mendengar cerita kak Ani,teringat masa sekolah menengah dulu ceritanya hampir sama,Paksuu ingat pelajar perempuan ni pakai purdah mungkin dia dah bertaubat dari memakai pakaian yang menjolok mata rupa-rupanya dia hanya hendak menutup perutnya yang dah mengandung 2 bulan,lepas beranak dan habis pantang dia kembali seperti dulu,tidak sedikitpun rasa insaf di dalam hatinya.

“tapi yang paling Paksuu musykil mana pergi anak-anak luar nikah yang lahir ni…ibu dia jaga ke?” tanya Paksuu pada kak Ani

“ini ada satu rahsia yang kak Ani nak bagitau,perkara ni ramai dah tahu cuma tak digembar gembur jer…ingat tak tadi kak Ani ada cakap lepas sambutan yang besar macam tahun baru atau merdeka,lepas 2 ke 3 bulan staf rumah bakti tu dah siap sedia untuk terima perempuan yang mengandung anak luar nikah ni tadi…memang kak Ani tak nafikan diorang ni memang bagus pasal sanggup terima perempuan macam ni…jaga diorang sampai melahirkan anak …pastu bagi didikan agama supaya diorang ni bertaubat dan insaf…tapi dalam masa yang sama diorang ni dapat untung besar pasal anak yang lahir tu nanti akan dijual pada ibu-bapa yang tiada anak…kebanyakkannya diorang jual pada mak ayah yang bukan Islam pasal ibu bapa bukan Islam mana kira anak tu halal ke haram janji cukup sifat,cantik dan comel…harga bayi ni tadi boleh cecah sampai rm10000 kalau akak tak silap…kalau ikut rekod ada beribu anak luar nikah lahir setiap tahun…tu belum campur dengan orang yang buang anak tu”

“perkara baru jugak Paksuu dengar cerita dari kak Ani ni… jadi rumah bakti ni pun boleh dapat untung besar jugak uruskan perempuan yang mengandung anak luar nikah ni?” tanya Paksuu

“begitulah keadaaannya…perasan tak,ada keluar berita sindiket yang jual bayi kena tangkap polis…tu jenis jual secara haram…sedangkan rumah bakti ni buat secara sah…pelikkan perkara yang sama tapi ada yang haram,ada yang sah pulak…inilah dunia sekarang…anak luar nikah pun boleh jadi bisnes…mak ayah perempuan ni memang merelakan bayi ni dijual pasal selesailah masalah diorang…diorang tak sedar kalau bayi ni dijual pada bukan Islam…memang kena tanggung dosa pasal bayi yang sepatutnya agama Islam walaupun anak haram dah tentu agamanya dah bertukar”

Mendengar cerita dari kak Ani memang memberikan Paksuu pengalaman yang baru,siapalah Paksuu hendak mengubah perkara-perkara begini,hanya mampu menulis dalam blog…yang Paksuu faham dari cerita kak Ani ialah perempuan yang mengandung anak luar nikah akan diterima dan dijaga oleh rumah bakti,mereka akan ditarbiah sehingga mereka insaf dan bertaubat dan sedar akan bahaya zina sehingga keluar nanti akan jadi manusia yang baik…dalam masa yang sama anak-anak luar nikah ini akan dijual oleh rumah bakti ini pada ibu-bapa yang ingin mengambil anak angkat…itulah yang berlaku setiap tahun kerana kes anak luar nikah tak pernah berkurangan pun…seolah-olah sebagai punca pendapatan yang lumayan yang tidak boleh dielakkan.

Perumpamaan seperti kempen bahaya rokok yang mengambarkan rokok itu lebih bahaya dari dadah tetapi dalam masa yang sama rokok tetap dijual di merata tempat kerana kita semua tahu saham rokoklah yang membolehkan ASB memberikan dividen yang tinggi pada pelaburnya.Arak juga seperti yang kita sedia maklum tidak pernah dihalalkan oleh mana-mana agama di dunia kerana membawa banyak keburukan  seperti kepincangan rumah tangga dan punca kemalangan jalan raya tetapi masih dijual di kedai 24 jam yang berdekatan saja dengan rumah kita orang Islam kerana perniagaan arak yang paling mudah membawa keuntungan besar.

Begitulah teruknya Kapitalis dan musuh Islam merosak kita semua sehingga ada yang berkata perkara begini sudah tidak boleh diubah lagi.

Bagi Paksuu hanya satu cara saja yang boleh mengubah perkara ini…setelah sebuah kerajaan Islam yang sebenar iaitu Daulah Khilafah kembali menguasai dunia.

Cerita dari Hospital Selayang 1

spital

Assalamualaikum wbrt dan selamat sejahtera pada semua.P1 wimax  tempat Paksuu di Selayang dah sebulan takda ‘line’…jadi agak susah Paksuu hendak updatekan blog ni lebih-lebih masa cuti ni…nasib baik ada rumah kawan di Taman Dato Senu Sentul dekat pulak dengan pemancar wimax…memang laju betul wimax dia…tapi nak bertandang rumah dia hari-hari segan pulak pasal dia dah kahwin.

Inilah artikel Paksuu yang pertama pada tahun baru 2010 ini walaupun hakikatnya tarikh tahun baru Paksuu sebagai umat Islam dah lama dilepasi.Tak kiralah samada tahun Nabi Muhammad s.a.w(hijrah) atau tahun Nabi Isa a.s(masihi),ambil positif saja iaitu dengan melakukan ‘perkara-perkara itu’  lebih baik dari tahun lepas asalkan jangan kata Nabi Isa itu tuhan sudahlah pasal Nabi Isa tidak pernah mengaku diri dia tuhan sepanjang hidup dia,pengikut dia saja yang lebih-lebih.Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Isa a.s adalah rasul utusan Allah swt,hampir semua manusia mengetahuinya dan tiada apa yang boleh mengubah kenyataan itu.

Mukadimah Paksuu memang berterabur sikit,cerita pasal akidah tapi tajuk artikelnya lain tapi Paksuu akan cuba kaitkan dengan tajuk artikel ni juga,kalau boleh.

Ceritanya begini,katakan saja yang paksuu ada seorang kawan yang bekerja di Hospital Selayang,nama dia kak Ani memang nama sebenar rasanya,yelah takkan dia nak tipu nama dia pulak.Satu hari tu masa Paksuu berbual kosong dengan kak Ani ni,tiba-tiba dia buka cerita pasal anak luar nikah.

“bila dah lama akak kerja kat hospital ni barulah akak tahu,kes mengandung anak luar nikah ni banyak betul,hampir setiap minggu mesti ada yang ‘chek in’ kes ni”  kata kak Ani.

“yeke kak,camna akak tahu?”

“akak yang merekodkan kemasukan diorang nih…kebanyakkannya semua orang melayu…dan paling akak sedih kebanyakkan yang mengandung tu jenis yang pakai tudung,cakap dan perilaku dia pun sopan santun”

Paksuu pun agak terkejut dengan kenyataan kak Ani,memang semua dah tahu masalah sosial di negara kita ni orang melayu yang menjadi juara tapi kak Ani telah memperincikannya lagi.

“Paksuu ingatkan yang selalu terlibat dengan gejala sosial ni jenis perempuan yang liar,rambut kaler-kaler,pakai seksi-seksi”?

“memang kak Ani tak nafikan perempuan yang jenis liar ni pun ada jugak mengandung anak luar nikah tapi kak Ani pelik jumlahnya sedikit dari jumlah jenis perempuan yang akak cakap tadi” tambah kak ani.

“rasanya pompuan jenis baik dan nampak lembut ni memang jenis murah hati agaknya…pelik camna diorang ni boleh berkawan dengan lelaki camtu?”  Paksuu mencelah

“entahlah susah akak nak cakap..ada satu masa tu,hari-hari ada kes camni…rupa-rupanya orang yang dah lama keje kat hospital ni dah anggap benda tu perkara biasa,setiap kali ada sambutan besar-besar macam sambutan tahun baru,hari merdeka ke lepas sebulan atau 2 bulan mesti kes mengandung anak luar nikah akan berderet-deret masuk” tambah kak Ani lagi.

ooo jadi kalau  lepas sambutan tahun baru 2010 yang akan datang ni…staff kat hospital ni dah siap sedialah”?

Kak Ani mengangguk.

“bukan staff hospital je…staf  rumah-rumah bakti pun dah bersedia”

“yang akak  tak boleh lupa ada satu kes tu mak ayah perempuan ni bergaduh tikam lidah depan kaunter salahkan masing-masing…sampai semua orang kat situ tengok…mak ayah diorang mesti kena datang hospital sain dokumen kalau tak nanti tak boleh keluar…tapi ada jugak mak ayah tak datang…jadi rumah bakti ni akan terus amik diorang ni tinggal kat sana” kata kak Ani.

“tapi yang akak takut dalam masa yang sama ada jugak staf-staf gereja kristian yang pujuk perempuan ni tinggal kat rumah bakti diorang…diorang tak cakap dari gereja tapi cara pemakaian diorang yang warna hitam putih tu…akak tak tahulah berapa ramai yang ikut.

Kenyataan terakhir inilah yang menjadi tanda tanya Paksuu,adakah benar ada staf dari gereja yang memujuk perempuan mengandung yang beragama Islam ni tinggal di rumah bakti mereka?

Perempuan yang mengandung anak luar nikah ini bercampur baur perasaannya…perasaan sedih kerana tidak dipedulikan ibu-bapa,marah,keliru.Inilah waktu yang kritikal bagi mereka dan kesempatan inilah digunakan oleh agen kristian untuk memesongkan akidah mereka.

Paksuu cuma berharap kenyataan terakhir dari Kak Ani ini adalah tidak benar. Itulah yang Paksuu cuba kaitkan.

Manusia pembunuh

*Paksuu dah banyak kali terima email tentang pengguguran anak di Singapura ini…memang menghayat hati melihat keadaaannya…Paksuu uploadkan dalam blog ni supaya diri ini sentiasa ingat betapa buruknya kesan akibat zina…kesimpulannya ibu-bapa bayi-bayi ini melakukan 2 dosa besar iaitu berzina dan membunuh jiwa yang tidak bersalah.

gugur anak1

gugur anak2

*Mayat-mayat bayi yang digugurkan oleh ibu-bapa Melayu/Islam diproses untuk dikebumikan.

Related Posts with Thumbnails

Compression Plugin made by Web Hosting