Patut ke tidak?…Ada ke Patut?

Pekerja GLC Diingatkan Bersedia Untuk Potongan Gaji – MTUC

PETALING JAYA, 18 Jun (Bernama) — Naib Presiden MTUC Mustafa Maarof pada Khamis memberi ingatan awal kepada 400,000 pekerja dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya bersedia menghadapi potongan gaji pada September ini berikutan kelembapan ekonomi.

Perkara itu disampaikan kepada kesatuan apabila pengurusan syarikat-syarikat yang diketuai oleh Khazanah Nasional menemui wakil pekerja baru-baru ini.

Mustafa yang juga setiausaha eksekutif kesatuan sekerja Malaysia Airline System (MAS) memberitahu Bernama bahawa pengurusan memaklumkan kepada mereka bahawa “jika potongan gaji itu tidak dapat memulihkan penghasilan syarikat-syarikat, barulah mereka boleh menjangka sama ada, tertakluk kepada skim pemisahan bersama (MSS) atau skim pemisahan sukarela (VSS).”

Selain MAS, 90 syarikat lagi yang juga dikategorikan sebagai GLC antaranya ialah Sime Darby, Tenaga Nasional, Telecom Malaysia, Felda, Felcra, Pos Malaysia dan Bernas.

Hampir 200,000 para pekerja dalam syarikat-syarikat itu merupakan bekas penjawat awam yang memilih entiti baru apabila jabatan-jabatan mereka diswastakan pada awal 80-an dan 90-an.

Mustafa berkata syarikat berkaitan kerajaan itu tidak sepatutnya menggunakan masalah kelembapan ekonomi sebagai punca bagi tindakan untuk mengurangkan bilangan tenaga kerja.

“Kami faham bahawa prestasi sesetengah syarikat adalah baik dan eksekutif atasan mereka dibayar gaji yang tinggi dan menikmati faedah seperti bonus dan elaun keraian.

“Apa yang mereka cadang nak buat ialah untuk memberhentikan petugas di peringkat pertengahan dan rendah. Kenapa pekerja am hendak dihukum kerana kelemahan dalam pengurusan,” soalnya.

Tambahan pula, beliau berkata kerajaan telah memberi jaminan bahawa ia akan berusaha sebaik mungkin bagi menghalang kehilangan pekerjaan dan memperuntuk wang secukupnya di bawah pakej rangsangan ekonomi kedua.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan dalam GLC yang baru ditubuhkan, Mohamed Shafie B.P. Mammal, berkata mereka akan mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi mengenai masalah mereka terutama berhubung formula pencen dan umur persaraan dan peluang kenaikan.

Menurut Mohamed Shafie, hampir 80 peratus daripada pekerja di dalam GLC itu merupakan bekas penjawat awam yang mendapat pencen kurang daripada RM200 sebulan.

– BERNAMA

ulasan saya :-(
setiap kali ada masalah mesti pekerja bawahan yang jadi mangsa…memang saya faham negara sedang mengalami kelembapan ekonomi sekarang ini…dan kita juga faham jumlah pekerja bawahan adalah yang paling ramai dalam negara…tapi adakah pekerja bawahan ini saja yang perlu berkorban untuk negara?…ada banyak cara lagi hendak selesai atau sekurang-kurangnya menstabilkan ekonomi…kenapa mesti mengambil jalan mudah?…adakah pemimpin-pemimpin kita yang sangat bijaksana ini sudah kekeringan idea?….kenapa tidak memotong gaji pegawai-pegawai tinggi yang pendapatannya mencecah puluhan malah ratusan ringgit sebulan?…kenapa tiada tabungan kecemasan untuk menanggani masalah ini?…aset Petronas bukankah banyak?…terima kasih kerana kerajaan berjanji akan menyediakan dana secukupnya untuk menanggani masalah ekonomi ini tetapi sekiranya penyelesaianya menyusahkan rakyat…mohon maaf saya amat tidak setuju…memang faham saya bukanlah orang bijak atau pun pakar ekonomi yang hanya pandai bercakap atau menulis sahaja…tapi semua orang tahu pekerja bawahan adalah mereka yang susah…kenapa hendak susahkan pada mereka yang sudah sedia susah?…ini adalah cara Sistem Kapitalis hakikatnya…mungkin ada pepatah mengatakan ‘jangan ditanya apa yang negara buat untuk kamu tapi bertanyalah apa yang kamu buat untuk negara’…jika pemotongan gaji ini berlaku juga maka bersaksilah bahawa kami pekerja bawahan sudah melakukan sesuatu untuk negara walaupun kecil…tetapi saya CABAR semua pegawai-pegawai tinggi,orang-orang kaya di Malaysia yang ada berjuta malah berbilion ringgit dalam mana-mana bank di dunia ini untuk buat perkara yang sama malah lebih lagi kerana kamu semua selalu ‘diutamakan’ dalam setiap perkara yang negara lakukan untuk rakyat…kerana apa saya cabar?…kerana kamu semua juga tidak kira apa bangsa pun adalah rakyat Malaysia yang tercinta ini…

Pembunuhan besar-besaran di Denmark

Ada pro & kontra apabila kita melihat gambar di bawah,ada yang mengatakan ianya zalim kerana membunuh haiwan yang popular dan bijak … ada juga yang mengatakan dolphin juga sejenis ikan,maka manusia boleh mendapat manfaat termasuk dijadikan makanan.Apa pendapat anda..?

dolpin1

dolpin2

dolpin4

(more…)

Sebat bukan sebarang sebat..

Isu sebat Kartika sedikit sebanyak membuka mata semua orang tentang indahnya hukum Islam…sehingga menghukum pun tidak sampai menyeksa si pesalah…mari kita belajar dan dalami indahnya Islam.

Wallahua’alam

..

SEBAT CARA SIVIL

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Compression Plugin made by Web Hosting