20 fakta Israel yang mungkin belum kita ketahui

“Berikut 20 fakta Israel yang mungkin belum kita ketahui :

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin.

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

dari Blogspot ke WordPress

Masuk hari ini sudah dekat setahun Paksuu menggunakan WordPress sebagai platform blog.Dan selama setahun juga Paksuu menggunakan blogspot dahulunya.Ini bermakna sudah hampir 2 tahun Paksuu berkecimpung dalam penulisan blog.

Bagi Paksuu Blogspot atau WordPress ada kelebihan masing-masing.

WordPress ada beribu-ribu plugin dalam mempelbagaikan dan mempopularkan blog seseorang itu namun Blogspot adalah platform blog yang paling mudah dan paling mesra pengguna.Cuma antara sebab Paksuu beralih pada WordPress kerana boleh pilih nama domain kita sendiri contohnya http://paksuu.com.Kalau guna Blogspot mungkin akan jadi begini http://paksuu.blogspot.com.Perkataan ‘blogspot’ tidak boleh dibuang jadi nampaklah macam menumpang ;-) .

Bagi Paksuu WordPress tidak sesusah mana pun,sama mudah macam Blogspot juga.

Tapi baru-baru ini syarikat hosting NetKL sudah menyediakan Blogspot sebagai platfform blog.Maksudnya perkataan ‘blogspot’ sudah boleh dibuang pada nama Domain kita.Baguslah begitu kerana pengguna sudah ada dua pilihan sekarang tapi kenalah beli Domain dan Hosting dulu dari syarikat NetKL ini.

Semuanya terpulang pada kesesuaian masing-masing.Bagi Paksuu walau apapun platform yang dipilih berblog atau menjadi blogger ini memang banyak keindahannya.

Ada orang berblog kerana hendak meluahkan perasaan dan pendapat tentang sesuatu perkara,ianya umpama diari bagi mereka.

Ada orang berblog kerana ingin membincangkan isu politik secara bebas tanpa sekatan kerana perbincangan isu politik dalam media massa seperti tv dan surat khabar yang dikuasai kerajaan yang memerintah terlalu banyak garis panduan dan tapisan.

Ada orang berblog untuk menambah pendapatan dengan menjual/mempromosi barangan di internet kerana pasarannya terlalu luas.

Ada orang berblog kerana hendak berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat tidak kira ilmu dunia atau akhirat kerana mereka tahu akan pahala yang mereka dapat sekirannya dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah swt.

Kepada sesiapa yang masih belum ada blog sudi-sudilah memilikinya.Bermulalah dengan blogspot kerana ianya percuma ;-)

Bagi Paksuu memang seronok rasanya jika penulisan kita dibaca oleh orang lain walaupun orang itu sendiri pun kita tidak pernah mengenalinya.

Pedulikan sekiranya tulisan kita tidak sehebat mereka.

Pedulikan sekiranya blog kita tidak sepopular blog mereka.

Pedulikan sekiranya blog kita tidak secantik/canggih blog mereka.

Kerana blog ini bukan Ahmad Albab yang punya tapi kitalah yg punya ;-) , asalkan jangan syok sendiri sudah.

Sekarang ini Paksuu tengah belajar platform Jommla la pulak.

Betulkah Facebook tempat untuk borak kosong?

Tengok tajuk saja dah buat orang terasa hati…tapi hendak buat macamana…Paksuu pun termasuk dalam golongan yang berborak kosong dalam facebook…tapi itu tidak bermakna tidak boleh menulis tentang perkara ini…sekurang-kurangnya dapat menyedarkan Paksuu yang semakin lalai sikit.

Paksuu pernah menulis artikel jangan terus kata facebook itu haram … asalkan kita menggunakan medium facebook ke arah kebaikan lebih-lebih lagi kesedaran sebarkan ilmu-ilmu Islam.

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Compression Plugin made by Web Hosting