Kuliah Ustaz Azhar Idrus

 

InsyAllah jika diizinkan Allah swt Paksuu akan hadir kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ulama yang tersohor masakini walaupun beliau tidak pernah dijemput menyampaikan ceramahnya di TV tempatan mahupun Astro.Penyampaiannya yang bersahaja dan adakalanya menggunakan istilah-istilah dari orang muda membuatkan kita terasa dekat dengannya.

Yang paling penting bukanlah istilah-istilahnya atau kelakar-kelakarnya tapi isi kandungan dan penyampaian Ustaz Azhar Idrus membuatkan kita yang jahil menjadi berilmu dan bertambah ilmunya,yang lupa dan lalai kembali mengingati Allah,yang anggap perjuangan menegak hukum Allah swt tiada kaitan dengan dirinya mula sedar akan tanggungjawabnya.

Paksuu bersyukur walaupun golongan muda terkenal dengan gejala sosialnya tetapi setiap kali menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus masih ada ramai lagi jemaah golongan muda yang cintakan agama Islam ini Alhamdulillah.

Semoga bertambah ramai lagi golongan muda cintakan pada majlis ilmu seperti ini dan semoga Ulama-ulama yang tersedia ada dan akan datang akan mengikut jejak langkah dan cara Ustaz Azhar Idrus menyampaikan ceramahnya.

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Peta Masjid Al Falah

dari Blogspot ke WordPress

Masuk hari ini sudah dekat setahun Paksuu menggunakan WordPress sebagai platform blog.Dan selama setahun juga Paksuu menggunakan blogspot dahulunya.Ini bermakna sudah hampir 2 tahun Paksuu berkecimpung dalam penulisan blog.

Bagi Paksuu Blogspot atau WordPress ada kelebihan masing-masing.

WordPress ada beribu-ribu plugin dalam mempelbagaikan dan mempopularkan blog seseorang itu namun Blogspot adalah platform blog yang paling mudah dan paling mesra pengguna.Cuma antara sebab Paksuu beralih pada WordPress kerana boleh pilih nama domain kita sendiri contohnya http://paksuu.com.Kalau guna Blogspot mungkin akan jadi begini http://paksuu.blogspot.com.Perkataan ‘blogspot’ tidak boleh dibuang jadi nampaklah macam menumpang ;-) .

Bagi Paksuu WordPress tidak sesusah mana pun,sama mudah macam Blogspot juga.

Tapi baru-baru ini syarikat hosting NetKL sudah menyediakan Blogspot sebagai platfform blog.Maksudnya perkataan ‘blogspot’ sudah boleh dibuang pada nama Domain kita.Baguslah begitu kerana pengguna sudah ada dua pilihan sekarang tapi kenalah beli Domain dan Hosting dulu dari syarikat NetKL ini.

Semuanya terpulang pada kesesuaian masing-masing.Bagi Paksuu walau apapun platform yang dipilih berblog atau menjadi blogger ini memang banyak keindahannya.

Ada orang berblog kerana hendak meluahkan perasaan dan pendapat tentang sesuatu perkara,ianya umpama diari bagi mereka.

Ada orang berblog kerana ingin membincangkan isu politik secara bebas tanpa sekatan kerana perbincangan isu politik dalam media massa seperti tv dan surat khabar yang dikuasai kerajaan yang memerintah terlalu banyak garis panduan dan tapisan.

Ada orang berblog untuk menambah pendapatan dengan menjual/mempromosi barangan di internet kerana pasarannya terlalu luas.

Ada orang berblog kerana hendak berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat tidak kira ilmu dunia atau akhirat kerana mereka tahu akan pahala yang mereka dapat sekirannya dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah swt.

Kepada sesiapa yang masih belum ada blog sudi-sudilah memilikinya.Bermulalah dengan blogspot kerana ianya percuma ;-)

Bagi Paksuu memang seronok rasanya jika penulisan kita dibaca oleh orang lain walaupun orang itu sendiri pun kita tidak pernah mengenalinya.

Pedulikan sekiranya tulisan kita tidak sehebat mereka.

Pedulikan sekiranya blog kita tidak sepopular blog mereka.

Pedulikan sekiranya blog kita tidak secantik/canggih blog mereka.

Kerana blog ini bukan Ahmad Albab yang punya tapi kitalah yg punya ;-) , asalkan jangan syok sendiri sudah.

Sekarang ini Paksuu tengah belajar platform Jommla la pulak.

Mereka ingat aku kecewa

Kau selalu mengatakan yang lelaki yang lebih-lebih suka pada kau sedang kau hanya menganggap lelaki tu biasa saja.

Kau juga mengatakan berkawan dengan aku membuatkan diri kau berasa tidak selesa kerana selalu menjadi perhatian…aku tak faham langsung apa yang kau kata itu.

Sikap kau yang sombong dan suka menghina lelaki yang pernah bersama kau itu seolah-olah macam kau perempuan yang paling cantik…sedangkan kau bagi aku perempuan yang termasuk dalam kategori yang biasa-biasa saja…itu yang aku pelik tu.

Hati aku mula berubah bila dapat tahu kau masih jalinkan hubungan dengan bekas teman lelaki kau dulu sedangkan dia sudah pun menjadi suami orang…kau memberi alasan yang lelaki itu yang selalu menelefon kau…persoalannya kenapa kau tidak menukar saja no telefon tu malah tetap melayan mesej dia sedangkan kau tahu dia sudah menjadi suami orang?

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Compression Plugin made by Web Hosting