Isu sebat Kartika sedikit sebanyak membuka mata semua orang tentang indahnya hukum Islam…sehingga menghukum pun tidak sampai menyeksa si pesalah…mari kita belajar dan dalami indahnya Islam.
Wallahua’alam
Ada tiga perkara yang besar sudah berlaku dan akan berlaku dalam bulan ini iaitu bulan Ramadan….bulan yang paling mulia oleh umat Islam,selsema babi yang menular,kebanyakkannya menjangkiti umat Islam walaupun puncanya dari pihak lain dan juga Hari Kemerdekaan yang akan disambut esok,juga disambut oleh banyaknya umat Islam.
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan bahawa sambutan ambang kemerdekaan tidak akan dibuat kerana menghormati bulan Ramadan juga kerana selsema babi yang semakin menular.Kesemua agama di Malaysia ini diminta membuat majlis kesyukuran hari Kemerdekaan menurut agama dan tempat ibadat masing-masing.
Apabila kita fikir kembali…pesta atau konsert yang berbentuk hiburan ini tidak sesuai dan tidak selari dengan Islam dan juga agama lain rupa-rupanya…malah ianya tidak dilakukan kerana menghormati bulan Ramadan.
Jadi ajaran mana yang menyambut kedatangan hari yang bersejarah dengan pesta dan konsert serta letupan bunga api pada tahun-tahun kebelakangan ini?
Adakah generasi muda boleh dibentuk jati dirinya dengan sambutan sebegitu rupa?
Kita sebagai umat Islam memang sudah sedia tahu percampuran lelaki wanita dalam satu pesta atau konsert adalah dilarang kerana mengundang kemaksiatan dan mungkar lebih-lebih lagi pesta dan konsert yang berbentuk hiburan.
Sudah banyak kali para ulama dan mufti menasihati pemimpin kerajaan tetapi acara pesta dan konsert yang sebegini tetap dilakukan,hanya kerana hendak memuaskan hati segelintir pelancong dan juga pendokong sekular di negara ini.
Bulan Ramadan dan Hari kemerdekaan adalah ‘masa’ yang penting bagi kita bangsa melayu Islam walaupun hakikat kita tidak sepenuhnya merdeka.Seharapnya kerajaan dapat memikirkan mekanisma sambutan yang menggabungkan keduanya dalam membentuk jati diri generasi muda.
Peluang sebegini tidak selalu kita miliki,terpulanglah samada kita hendak mengambil inisiatif baru atau biarkan saja masa itu berlalu dengan sambutan yang boleh diagak atucaranya walaupun kita berada di rumah.
Mungkin ‘tidak berbuat apa-apa’ dalam sambutan kali ini adalah hikmah yang dicari-cari,sekurang-kurangnya dapat kurangkan dosa dan maksiat yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.
Compression Plugin made by Web Hosting