Peringatan dari PDRM

polis

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama…).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba “on and off” kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 sebulan, mampu tampung bil air rakyat

Banyaknya gaji seorang manusia…bukankah jabatan ini diswastakan dan sekarang namanya SYABAS tujuannya untuk memberi khidmat pada rakyat bukannya untuk mengkayakan seorang manusia…seperti kata Zulkifli Noordin(KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

“Saya buat ‘simple calculation’ ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166… Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51…

Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.

“Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau… ataupun kalau bil air… RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 rumah sebulan,” katanya.(sumber harakahdaily)

Ulasan :-

inilah jadinya kalau sistem ekonomi Kapitalis yang berorientasikan keuntungan di agung-agungkan…amanah dijadikan keuntunganbertukarlah kepada Sistem Ekonomi Islam…InsyAllah Selamatnak bertukar kepada Sistem Ekonomi Islam kenalah bertukar kepada Kerajaan Islam yang sebenar dulufikirlah sama-sama

Perhimpuan Aman mansuhkan PPSMI

Lebih kurang pukul 11.30 pagi sabtu ari tuh aku sampai kat Masjid Negara…aku tengok orang dah mula datang reramai…

tapi polis datang lagi awal…aku ingat sebelum subuh diorang dah ada kat sini…maklumlah nak menjaga keamanan he he..siap bawak trak lagi…tapi bagus jugak ada polis…untuk mengawal perkara perkara yang berlaku di luar jangkaan…


pukul 12:15 tghari…orang yang datang bertambah sekali ganda…tapi jangan lupa segelintir yang datang ini ialah polis ‘Special Branch’ yang berpakaian biasa dan juga mereka- mereka yang diupah oleh pihak tertentu untuk menimbulkan kekecohan…alah dah faham sangatlah setiap kali ada perhimpunan camni mesti ada punyalah…tapi nak salahkan diorang takleh gak kerana dah ‘diupah dan diarahkan’ …

kena panjat dinding utk amik ketiga-tiga gambar ni

ingatkan nak ‘stay’ lagi lama tapi pasal dah janji dengan ‘member’ nak bertolak ke Teluk Batik sebelum Zohor…terpaksa aku ‘blah’ dulu…tapi sempat jugak amik gambar..dengar citer lepas aku ‘blah’ yang datang bertambah ramai dan diorang berarak kat Istana Negara pastu berlaku rusuhan pulak…agak-agaknya siapa yang menimbulkan kekecohan?

bergambar sebelum ‘blah’ pergi Teluk Batik
Related Posts with Thumbnails

Compression Plugin made by Web Hosting