*Bukan setakat haram malah ada insulin babi dalam isi kandungannya…
Universal Soldier 3 – diluluskan tayangannya di Malaysia?
Universal Soldier 3 – A New Beginning (versi Asia)
Sila baca sipnosis Universal Soldier 3 ini…Paksuu rasa orang yang faham sikit-sikit bahasa inggeris pun boleh faham.
sumber – www.gsc.com.my
The militant Islamist Chechen Basayev abducts the children of the President and takes control of Chernobyl, threatening to unleash a radioactive cloud unless his demands are met. Luc Deveraux (Van Damme), now a Universal Soldier again, joins a new team of UniSols secretly held in deep storage. Their mission: retake Chernobyl and disable explosives that will unleash radioactive clouds. Luc discovers that one of the reactivated Universal Soldiers is a clone of his old, homicidal Sergeant, Andrew Scott (Lundgren). He also must face the NGU, the next generation in the UniSol biotechnology.
Dengar cerita filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 28 januari 2010 ini.Betapa jijiknya filem ini menggambarkan para pejuang Islam Chechen sebagai pengganas iaitu salah satu watak jahat dalam filem ini,sedangkan hakikatnya para pejuang Cechen ini berjuang mempertahankan bangsa,negara dan agama mereka yang ditindas oleh pihak Rusia.
Paksuu pelik bagaimana filem begini boleh diluluskan tayangannya di Malaysia.Kali terakhir Paksuu periksa negara Malaysia ini agama rasminya Islam.
Dulu filem ‘Executive Decision’ lakonan Steven Seagal diharamkan di Malaysia serta kebanyakkan negara Islam yang lain kerana menggambar orang Islam sebagai pengganas yang merampas kapal terbang,sekarang mereka mencuba lagi.Begitulah betapa liciknya permainan musuh Islam yang menguasai media massa kini.
Kalau filem melayu dikenakan pelbagai tapisan sebelum ditayangkan…Paksuu harap LPFM lebih sensitif menapis filem-filem luar lebih-lebih lagi yang memburukkan Islam dan umatnya.
atau adakah ‘Universal Soldier’ akan berkawan dengan pejuang Islam di akhir cerita ini?…Paksuu akan beritahu nanti.
Perlukah kita kutuk jika Malaysia tewas dengan Vietnam?
Artikel ini Paksuu tulis pada pukul 12 tengahari ini iaitu 5 ke 6 jam lagi sebelum perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea antara Malaysia menentang Vietnam ataupun Vietnam menentang Malaysia pada pukul 6 petang ni waktu tempatan kalau ikut jadual.Paksuu tak pasti yang mana satu sesuai diguna…mungkin Vietnam menentang Malaysia adalah yang paling sesuai kerana penyokong Vietnam pasti akan memenuhkan sebahagian besar tempat duduk stadium.
Berbalik pada soalan tadi …Perlukah kita kutuk pasukan bolasepak B23 Malaysia ini sekiranya tewas dengan Vietnam petang ini?
Paksuu juga adalah seorang pemain bolasepak…bagi Paksuu dalam dunia bolasepak tempat ke 2 tiada maknanya kerana pasukan yang mendapat tempat ke 2 pasti cepat dilupakan malah tidak disanjung pun.Paksuu mengaku yang Paksuu juga pernah mengutuk atau dalam bahasa sopannya mengkritik pasukan bolasepak negara kerana prestasi yang teruk.
Orang kata kutuk dan kritik adalah dua perkara yang berbeza…bagi Paksuu dua perkataan itu adalah sama saja maknanya kerana paksuu tidak hipokrit.Mungkin kutuk adalah kritikan yang menjatuhkan dan kritik adalah kritikan yang membina…nampak macam lain saja maknanya tapi hakikatnya terpulang pada mereka yang kena kutuk/kritik itu dapat menilai ianya menjatuhkan atau membina.Sekiranya mereka itu semua berfikiran positif pasti akan menerima secara baik begitu sebaliknya tapi hati manusia siapa yang tahu?
‘Team’ bolasepak Paksuu juga banyak kali kena kutuk dulu tapi mereka mengatakan itu adalah kritik…cakap biar jujur dol!
Bagi mereka yang tidak mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia macam kaum wanita yang tidak minat bola atau mereka yang baru saja nak sokong bila dapat tahu Malaysia dapat masuk ‘final’, Paksuu hendak beritahu bahawa pasukan bolasepak Malaysia masih ketinggalan berbanding Thailand,Vietnam,Indonesia dan Singapura…tak perlulah Paksuu hendak bandingkan dengan Jepun,Australia,Korea mahupun Brazil…lagi lah jauh ketinggalan.
Jauh ketinggalan dari segi kawalan bolanya,taktikalnya,mentalnya dan banyak lagi.
Namun Paksuu yakin sekiranya Malaysia dapat pingat perak sekalipun pasti ramai akan mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia ‘terbaru’ ini kerana berjaya menewaskan Thailand serta berjaya menempatkan diri dalam perlawanan akhir setelah kali terakhir melakukannya 20 tahun dulu dan menjadi juara.
Sekurang-kurangnya dapat mengubat hati-hati rakyat Malaysia yang dahagakan 3 tempat teratas dalam lingkungan Asia Tenggara ini.
Bagi paksuu…menang atau kalah,emas atau perak…Paksuu akan terus mengutuk(kutukan yang membina adalah lebih baik) pasukan bolasepak Malaysia kerana kutukan/kritikan adalah perlu supaya mereka tidak lalai dengan pujian dan sanjungan yang sekejab ini…apa guna sanjungan dan pujian sekiranya dapat merangkul pingat emas kemudian terus ‘drop’ dalam kejohanan yang lain.
Sekiranya pasukan bolasepak Malaysia dapat menempatkan diri mereka dalam pasukan ‘elit’ kembali adalah lebih baik daripada juara dalam satu kejohanan tetapi terkeluar pada peringkat awal dalam 9 kejohanan yang lain.
Paksuu mengutuk atau mengkritik bukan kerana Paksuu pengkhianat tapi kerana paksuu sayangkan pasukan bolasepak Malaysia.













