Harta syarikat harta kita

Semenjak Paksuu dituduh mencuri talian internet pejabat tempoh hari…penggunaan internet Paksuu agak terhad di pejabat kerana sering dipantau…walaupun Paksuu sudah terbukti tidak bersalah…namun itulah nasibnya bagi si tertuduh.

Paksuu selalu berfikir kalau di syarikat lain ataupun di bahagian lain dalam syarikat yang sama tempat Paksuu bekerja ni…internet boleh ‘on sampai 24 jam…tiada siapa yang mempersoalkannya walaupun kita tahu agak susah hendak percaya untuk mengatakan mereka menggunakan internet semata-mata untuk kepentingan syarikat…tidak untuk kepentingan sendiri.

Tapi Paksuu bersyukur kerana Paksuu tidak termasuk golongan yang mengunakan internet syarikat untuk kepentingan peribadi kerana Paksuu menggunakan internet yang Paksuu bayar sendiri.

Namun hakikat sebenarnya penggunaan harta syarikat tidak terhad kepada penggunaan internet semata.

(more…)

Tarif eletrik yang perlu diketahui

Info yang Paksuu dapat ini memang bagus juga untuk diketahui.

Untuk tarif eletrik bagi semenanjung…TNB mengenakan caj sebanyak 30 sen ke 40 sen perkilowatt/jam (kWh)..bergantung pada penggunaan…lagi banyak guna…lagi banyak la kena bayar.

Di bawah ini ada jadual penggunaan caj ‘perjam’ mengikut perkakas eletrik…nampak macam murah tapi sebenar…contohnya kalau kita guna 3 sen ‘perjam’ dan pengunaannya berterusan selama 24 jam…kita kena bayar RM 20 sebulan…itu baru satu alat eletrik.

tarifletrik

Tapi kalau yang membaca ni jenis orang kaya yang suka membazir…abaikan jerlah artikel Paksuu ni.

Dituduh mencuri – apa daa…

Memang pengalaman yang malang bagi Paksuu tahun ni pasal dengan tidak semena-mena dituduh mencuri…bukan sebarangan curi…Paksuu dituduh mencuri talian internet pejabat oleh seorang pegawai atasan yang baru dinaikkan pangkat di tempat kerja Paksuu…apa daaa.

Surat tuduhan sudah pun diemailkan pada semua pegawai-pagawai termasuklah ‘bapak’ segala pegawai kat company Paksuu bekerja ni ;-(. Popular la sekejab nama ni termasuklah di bahagian IT…bahagian IT pun tak pasal-pasal terkena tempias,dituduh bersekongkol dengan Paksuu dengan memberi password ‘admin’ supaya dapat melayari internet.

Bila baca kembali memang ada yang rasa kelakar dan pelik pasal masih ada lagi ‘company’ di Kuala Lumpur ni yang tidak membenarkan pekerjanya menggunakan internet walaupun pada ‘department’ tertentu membenarkannya.Mungkin bidang kerja Paksuu ni tidak memerlukan internet agaknya….mungkin ya mungkin tidak.Bukanlah Paksuu hendak memburukkan ‘company’ tempat Paksuu mencari rezeki ini…tapi sekurang-kurangnya takkan tak mahu para pekerjanya celik IT ? Cukupkah dengan hanya memberi kursus komputer seumur hidup sekali?

Tapi itu cerita lain…berbalik pada cerita Paksuu dituduh secara serkap jarang oleh sorang pegawai ni…setelah disiasat akhirnya Paksuu didapati tidak bersalah kerana Paksuu menggunakan broadband P1 wimax sebenarnya hahah.Pegawai tu tak nampak pasal Paksuu menggunakan wayar ‘LAN’ yang agak panjang dan meletakkan modem P1 wimax sehingga di luar tingkap.Itulah kelemahan P1 wimax ni,line internetnya hanya laju kalau diletakkan berdekatan dengan tingkap…tapi takperlah asalkan lebih laju dari maxis,celcom dan digi ‘berukband’…tapi tak sangka hanya kerana berlaku salah faham… line jadi panasss lak.

Terasa besar pulak diri ini hehe kerana pertama kali pegawai atasan memohon maaf secara bertulis walaupun tidak secara ‘direct’ pada Paksuu…sekurang-kurangnya dia mengaku bersalah walaupun masih hendak mempertahankan keegoannya.

Tapi oleh kerana ‘line’ jadi panas…Paksuu tidak dibenarkan melayari internet walaupun menggunakan laptop dan line internet yang Paksuu bayar menggunakan duit Paksuu sendiri.

Memang rasa geram jugak dengan arahan tu tapi Paksuu tetap bersabar,cuma yang Paksuu persoalkan kenapa pegawai ini tidak menggunakan diplomasi dalam mengurus pekerja bawahannya?…kenapa tidak bertanya secara baik pada Paksuu dari mana datangnya punca internet?…kenapa mesti datang dengan muka yang masam dan tidak bercakap?…Besar sangatkah pangkat dan jawatan yang disandang itu sehingga tidak mahu bercakap dengan pekerja bawahannya…semuanya hanya menggunakan surat,surat,surat? Berapa ramai staff jabatan kerajaan dan swasta di seluruh negara termasuk ‘department’ dia sendiri menggunakan internet dan komputer syarikat…diulang… internet dan komputer syarikat atas urusan peribadi seperti menonton youtube,chattng YM,MSN,Facebook,donlod MP3,movie dan macam-macam lagi…malah ada yang lebih ‘advance’ melayari laman lucah pada waktu pejabat.

Bak kata pepatah ‘kuman di seberang lautan nampak…gajah berak depan mata buat-buat tak nampak’…apa daa.

Betulkah teori mengatakan ada segelintir manusia yang tidak berguna di dunia ini berjaya menyandang jawatan tinggi?

Lega rasanya dapat luahkan perasaan melalui penulisan…

apa salah aku

apa salah aku?

Related Posts with Thumbnails

Compression Plugin made by Web Hosting