Paksuu yakin ramai yang sedar logo dan jersi kelab-kelab bolasepak Eropah seperti Manchester United ada lambang syaitan,Ac Milan,Barcelona,Real Madrid ada lambang salib dan beberapa kelab lain yang menjadikan lambang Illuminati sebagai hiasan pada logo kelab mereka.
Paksuu tak boleh nak bayangkan bagaimana ada hamba Allah yang beragama Islam tergerak hati meletak logo sebegitu di kereta atau membeli jersi untuk dipakai oleh isteri dan anak-anak kemudian pergi makan angin atau balik kampung.Ada juga yang meletakkan logo tersebut pada almari dan dinding bilik malah ada yang pergi solat berjemaah dan solat Jumaat dengan menyarung jersi sebegitu rupa.










