Patut ke tidak?…Ada ke Patut?

Pekerja GLC Diingatkan Bersedia Untuk Potongan Gaji – MTUC

PETALING JAYA, 18 Jun (Bernama) — Naib Presiden MTUC Mustafa Maarof pada Khamis memberi ingatan awal kepada 400,000 pekerja dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya bersedia menghadapi potongan gaji pada September ini berikutan kelembapan ekonomi.

Perkara itu disampaikan kepada kesatuan apabila pengurusan syarikat-syarikat yang diketuai oleh Khazanah Nasional menemui wakil pekerja baru-baru ini.

Mustafa yang juga setiausaha eksekutif kesatuan sekerja Malaysia Airline System (MAS) memberitahu Bernama bahawa pengurusan memaklumkan kepada mereka bahawa “jika potongan gaji itu tidak dapat memulihkan penghasilan syarikat-syarikat, barulah mereka boleh menjangka sama ada, tertakluk kepada skim pemisahan bersama (MSS) atau skim pemisahan sukarela (VSS).”

Selain MAS, 90 syarikat lagi yang juga dikategorikan sebagai GLC antaranya ialah Sime Darby, Tenaga Nasional, Telecom Malaysia, Felda, Felcra, Pos Malaysia dan Bernas.

Hampir 200,000 para pekerja dalam syarikat-syarikat itu merupakan bekas penjawat awam yang memilih entiti baru apabila jabatan-jabatan mereka diswastakan pada awal 80-an dan 90-an.

Mustafa berkata syarikat berkaitan kerajaan itu tidak sepatutnya menggunakan masalah kelembapan ekonomi sebagai punca bagi tindakan untuk mengurangkan bilangan tenaga kerja.

“Kami faham bahawa prestasi sesetengah syarikat adalah baik dan eksekutif atasan mereka dibayar gaji yang tinggi dan menikmati faedah seperti bonus dan elaun keraian.

“Apa yang mereka cadang nak buat ialah untuk memberhentikan petugas di peringkat pertengahan dan rendah. Kenapa pekerja am hendak dihukum kerana kelemahan dalam pengurusan,” soalnya.

Tambahan pula, beliau berkata kerajaan telah memberi jaminan bahawa ia akan berusaha sebaik mungkin bagi menghalang kehilangan pekerjaan dan memperuntuk wang secukupnya di bawah pakej rangsangan ekonomi kedua.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan dalam GLC yang baru ditubuhkan, Mohamed Shafie B.P. Mammal, berkata mereka akan mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi mengenai masalah mereka terutama berhubung formula pencen dan umur persaraan dan peluang kenaikan.

Menurut Mohamed Shafie, hampir 80 peratus daripada pekerja di dalam GLC itu merupakan bekas penjawat awam yang mendapat pencen kurang daripada RM200 sebulan.

– BERNAMA

ulasan saya :-(
setiap kali ada masalah mesti pekerja bawahan yang jadi mangsa…memang saya faham negara sedang mengalami kelembapan ekonomi sekarang ini…dan kita juga faham jumlah pekerja bawahan adalah yang paling ramai dalam negara…tapi adakah pekerja bawahan ini saja yang perlu berkorban untuk negara?…ada banyak cara lagi hendak selesai atau sekurang-kurangnya menstabilkan ekonomi…kenapa mesti mengambil jalan mudah?…adakah pemimpin-pemimpin kita yang sangat bijaksana ini sudah kekeringan idea?….kenapa tidak memotong gaji pegawai-pegawai tinggi yang pendapatannya mencecah puluhan malah ratusan ringgit sebulan?…kenapa tiada tabungan kecemasan untuk menanggani masalah ini?…aset Petronas bukankah banyak?…terima kasih kerana kerajaan berjanji akan menyediakan dana secukupnya untuk menanggani masalah ekonomi ini tetapi sekiranya penyelesaianya menyusahkan rakyat…mohon maaf saya amat tidak setuju…memang faham saya bukanlah orang bijak atau pun pakar ekonomi yang hanya pandai bercakap atau menulis sahaja…tapi semua orang tahu pekerja bawahan adalah mereka yang susah…kenapa hendak susahkan pada mereka yang sudah sedia susah?…ini adalah cara Sistem Kapitalis hakikatnya…mungkin ada pepatah mengatakan ‘jangan ditanya apa yang negara buat untuk kamu tapi bertanyalah apa yang kamu buat untuk negara’…jika pemotongan gaji ini berlaku juga maka bersaksilah bahawa kami pekerja bawahan sudah melakukan sesuatu untuk negara walaupun kecil…tetapi saya CABAR semua pegawai-pegawai tinggi,orang-orang kaya di Malaysia yang ada berjuta malah berbilion ringgit dalam mana-mana bank di dunia ini untuk buat perkara yang sama malah lebih lagi kerana kamu semua selalu ‘diutamakan’ dalam setiap perkara yang negara lakukan untuk rakyat…kerana apa saya cabar?…kerana kamu semua juga tidak kira apa bangsa pun adalah rakyat Malaysia yang tercinta ini…

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 sebulan, mampu tampung bil air rakyat

Banyaknya gaji seorang manusia…bukankah jabatan ini diswastakan dan sekarang namanya SYABAS tujuannya untuk memberi khidmat pada rakyat bukannya untuk mengkayakan seorang manusia…seperti kata Zulkifli Noordin(KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

“Saya buat ‘simple calculation’ ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166… Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51…

Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.

“Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau… ataupun kalau bil air… RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 rumah sebulan,” katanya.(sumber harakahdaily)

Ulasan :-

inilah jadinya kalau sistem ekonomi Kapitalis yang berorientasikan keuntungan di agung-agungkan…amanah dijadikan keuntunganbertukarlah kepada Sistem Ekonomi Islam…InsyAllah Selamatnak bertukar kepada Sistem Ekonomi Islam kenalah bertukar kepada Kerajaan Islam yang sebenar dulufikirlah sama-sama

Hari ni rasanya nak makan ‘nasi lorong’

Hari ni 25hb…mungkin gaji kot…aku tak dapat slip gaji lagi…yelah pasal aku MC semalam dan cuti hari ni…tapi biasanya kalau 25hb memang biasanya gaji dah masuk…kebetulan hari gaji ni ingat nak makan ‘nasik lorong’ lah…dah lama jugak tak makan ‘nasik lorong’…sesiapa yang keje area Kotaraya,CM,Bangkok Bank memang tahu sangat la ‘nasik lorong’ tu apa…nasik beriani ayam yang paling murah dan sedap kat KL ni aku rasa…dulu diorang panggil ‘nasik lorong tikus’ pasal kat lorong tu banyak tikus berkeliaran…sekarang dah tukar jadi ‘nasik lorong’…sedapla sikit namanya..tapi yang peliknya ramai pulak yang beli nasik kat situ…kalau aku lambat sikit je mesti habis…nasik dia memang sedap…murah pulak tu…bayangkanlah nasik beriani lauk ayam hanya rm5 je sebungkus…kalau kat kedai lain ‘mau’ sampai rm9 sepinggan…cekik darah…tapi nak salahkan mamak tu pun tak boleh jugak pasal dia sewa kedai…kedai mamak ‘nasik lorong’ ni bukak ‘stall’ je kat lorong antara bangunan…dia tak bayar sewa…tghari ni aku nak datang sana cepat…nak makan ‘nasik lorong’…mungkin boleh hilangkan kesedihan aku ni…

pukul 12 aku dah terpacak kat sana…kalau lambat nanti habis

sangat lazat…pegawai pakai kot pun beli kat sini ha ha ha
Related Posts with Thumbnails

Compression Plugin made by Web Hosting