*Bukan setakat haram malah ada insulin babi dalam isi kandungannya…
Ayam Haram
*Diceritakan oleh pegawai JAKIM sendiri.
Pegawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum berangkat ke lokasi jam 1.00 pagi.Lokasi pertama adalah di Bandar Sri Damansara.
Setiap ayam disembelih diperiksa mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri pada leher adalah sunat (hadis Nabi saw).
Yang menjadi tandatanya,mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh , Indonesia dan orang Kashmir . Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.
#
Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.
Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis di bawah ini:
Dibawah ini pula ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate;
Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang.Kat belakang premis ini tempat sembelih Babi pulak.Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam.Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh,yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).
Hj Naguib jual daging babi
Gambar ni Paksuu dapat dari laman web PPIM…memang gambar ni datang dari seberang…cuma Paksuu tertanya-tanya bagaimana agaknya ‘level’ pemikiran segelintir orang di seberang sana?
Paksuu harap ‘HJ’ itu tidak mewakili haji…harapnya begitu.
Memang kita rasa jelik melihat gambar ini…tapi sedar atau tidak orang kita pun sudah semakin ramai sebenarnya tidak menitik berat masalah halal/haram ini…main belasah saja makan kat mana-mana…tgk sedap je terus makan.
Mungkin kalau ada orang jual daging dengan meletakkan kepala babi di sebelahnya tiada orang Islam yang akan membelinya di negara kita ini…tapi bagaimana dengan makanan berperisa campuran babi?,air minuman mengandungi gelatin babi?,ayam bercampur babi dalam satu peti ais?,restoran yang menjual makanan yang bercampur halal dan haramnya walaupun ada segelintirnya memiliki tanda halal?
Kita tidak tahu samada tanda halal itu palsu atau tulen…jangan kita harapkan JAKIM dan PPIM saja…kita juga boleh jadi mata dan telinga badan berwajib ini.
Selalu-selalulah melayari laman web PPIM ni…banyak ilmu tentang makanan halal/haram yang kita boleh dapat.
Sekali lagi…nasihat Paksuu untuk diri sendiri dan orang lain…janganlah main belasah je…ingat akan kesannya pada anak dan keturunan kita…mencari yang halal itu wajib.



















