Kuliah Ustaz Azhar Idrus

 

InsyAllah jika diizinkan Allah swt Paksuu akan hadir kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ulama yang tersohor masakini walaupun beliau tidak pernah dijemput menyampaikan ceramahnya di TV tempatan mahupun Astro.Penyampaiannya yang bersahaja dan adakalanya menggunakan istilah-istilah dari orang muda membuatkan kita terasa dekat dengannya.

Yang paling penting bukanlah istilah-istilahnya atau kelakar-kelakarnya tapi isi kandungan dan penyampaian Ustaz Azhar Idrus membuatkan kita yang jahil menjadi berilmu dan bertambah ilmunya,yang lupa dan lalai kembali mengingati Allah,yang anggap perjuangan menegak hukum Allah swt tiada kaitan dengan dirinya mula sedar akan tanggungjawabnya.

Paksuu bersyukur walaupun golongan muda terkenal dengan gejala sosialnya tetapi setiap kali menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus masih ada ramai lagi jemaah golongan muda yang cintakan agama Islam ini Alhamdulillah.

Semoga bertambah ramai lagi golongan muda cintakan pada majlis ilmu seperti ini dan semoga Ulama-ulama yang tersedia ada dan akan datang akan mengikut jejak langkah dan cara Ustaz Azhar Idrus menyampaikan ceramahnya.

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Peta Masjid Al Falah

Paksuu berbeza

Sudah lebih 3 bulan Paksuu tidak meng ‘update’ blog Paksuu.com ni…selama 3 bulan itu juga adalah usia perkahwinan Paksuu.

Tak tahu kenapa…adakah Paksuu kekurangan idea meng ‘update blog? Rasanya Paksuu banyak idea dalam kepala ni malah email Paksuu pun dah menimbun dalam ‘inbox’ dengan email dari sumber-sumber Paksuu yang mungkin Paksuu boleh kongsikan pada pelayar internet yang meng ‘klik’ web Paksuu.com masa tengah mencari maklumat di ‘Search Engine’.

Adakah perkahwinan itu membatas masa Paksuu? Mungkin ya kerana sebagai seorang suami memang kena beri banyak tumpuan pada isteri tercinta lebih-lebih lagi baru berkahwin ni ;-)

Memang Paksuu mengaku yang Paksuu sudah berbeza sekarang…dulu seorang kini berdua…dulu tidur seorang kini tidur berdua…dulu ‘iron’ baju sendiri kini ada orang yang  ‘iron’kan…dulu pergi kerja kosong sekarang ada bekal,macam -macam makanan ada macamlah di ofis Paksuu takda cafeteria namun Paksuu amat menghargai dia..dulu boleh balik rumah lewat sekarang hati isteri kena jaga…dulu boleh ber jam-jam depan laptop sekarang hati isteri kena jaga..

Paksuu bersyukur kerana dijodohkan dengan wanita yang mementingkan agama dalam kehidupan…Paksuu memilih dia pun kerana dasar agama bukan paras rupa,keturunan mahupun harta jadi tidak perlulah lagi Paksuu hendak tarbiyah dia tentang kepentingan aurat atau solat serta ibadah lain tapi tanggungjawab mentarbiyah isteri memang tetap berterusan dalam hal-hal lain.Kekadang Paksuu pulak yang kena tarbiyah dengan isteri hehe ;-)

Tapi semakin lama Paksuu tidak meng ‘upate’ blog terasa macam ada satu kekurangan.Paksuu baca kembali setiap ‘posting’ yang Paksuu tulis dan ‘uploadkan…hampir kebanyakkannya memberi manfaat pada pembaca.Jadi rasanya tiada sebab untuk Paksuu berhenti menulis blog hanya kerana masa dan perkahwinan membataskan Paksuu.

Paksuu akan berusaha untuk terus meng ‘update blog’ … memang Paksuu berbeza tapi perbezaan ini adalah positif…mohon dijauhkan dari perbezaan yang negatif.

Paksuu dan isteri (Sri Hartuti)

Gambar terbaru Paksuu

dari Blogspot ke WordPress

Masuk hari ini sudah dekat setahun Paksuu menggunakan WordPress sebagai platform blog.Dan selama setahun juga Paksuu menggunakan blogspot dahulunya.Ini bermakna sudah hampir 2 tahun Paksuu berkecimpung dalam penulisan blog.

Bagi Paksuu Blogspot atau WordPress ada kelebihan masing-masing.

WordPress ada beribu-ribu plugin dalam mempelbagaikan dan mempopularkan blog seseorang itu namun Blogspot adalah platform blog yang paling mudah dan paling mesra pengguna.Cuma antara sebab Paksuu beralih pada WordPress kerana boleh pilih nama domain kita sendiri contohnya http://paksuu.com.Kalau guna Blogspot mungkin akan jadi begini http://paksuu.blogspot.com.Perkataan ‘blogspot’ tidak boleh dibuang jadi nampaklah macam menumpang ;-) .

Bagi Paksuu WordPress tidak sesusah mana pun,sama mudah macam Blogspot juga.

Tapi baru-baru ini syarikat hosting NetKL sudah menyediakan Blogspot sebagai platfform blog.Maksudnya perkataan ‘blogspot’ sudah boleh dibuang pada nama Domain kita.Baguslah begitu kerana pengguna sudah ada dua pilihan sekarang tapi kenalah beli Domain dan Hosting dulu dari syarikat NetKL ini.

Semuanya terpulang pada kesesuaian masing-masing.Bagi Paksuu walau apapun platform yang dipilih berblog atau menjadi blogger ini memang banyak keindahannya.

Ada orang berblog kerana hendak meluahkan perasaan dan pendapat tentang sesuatu perkara,ianya umpama diari bagi mereka.

Ada orang berblog kerana ingin membincangkan isu politik secara bebas tanpa sekatan kerana perbincangan isu politik dalam media massa seperti tv dan surat khabar yang dikuasai kerajaan yang memerintah terlalu banyak garis panduan dan tapisan.

Ada orang berblog untuk menambah pendapatan dengan menjual/mempromosi barangan di internet kerana pasarannya terlalu luas.

Ada orang berblog kerana hendak berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat tidak kira ilmu dunia atau akhirat kerana mereka tahu akan pahala yang mereka dapat sekirannya dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah swt.

Kepada sesiapa yang masih belum ada blog sudi-sudilah memilikinya.Bermulalah dengan blogspot kerana ianya percuma ;-)

Bagi Paksuu memang seronok rasanya jika penulisan kita dibaca oleh orang lain walaupun orang itu sendiri pun kita tidak pernah mengenalinya.

Pedulikan sekiranya tulisan kita tidak sehebat mereka.

Pedulikan sekiranya blog kita tidak sepopular blog mereka.

Pedulikan sekiranya blog kita tidak secantik/canggih blog mereka.

Kerana blog ini bukan Ahmad Albab yang punya tapi kitalah yg punya ;-) , asalkan jangan syok sendiri sudah.

Sekarang ini Paksuu tengah belajar platform Jommla la pulak.

Related Posts with Thumbnails

Compression Plugin made by Web Hosting