InsyAllah jika diizinkan Allah swt Paksuu akan hadir kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ulama yang tersohor masakini walaupun beliau tidak pernah dijemput menyampaikan ceramahnya di TV tempatan mahupun Astro.Penyampaiannya yang bersahaja dan adakalanya menggunakan istilah-istilah dari orang muda membuatkan kita terasa dekat dengannya.
Yang paling penting bukanlah istilah-istilahnya atau kelakar-kelakarnya tapi isi kandungan dan penyampaian Ustaz Azhar Idrus membuatkan kita yang jahil menjadi berilmu dan bertambah ilmunya,yang lupa dan lalai kembali mengingati Allah,yang anggap perjuangan menegak hukum Allah swt tiada kaitan dengan dirinya mula sedar akan tanggungjawabnya.
Paksuu bersyukur walaupun golongan muda terkenal dengan gejala sosialnya tetapi setiap kali menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus masih ada ramai lagi jemaah golongan muda yang cintakan agama Islam ini Alhamdulillah.
Semoga bertambah ramai lagi golongan muda cintakan pada majlis ilmu seperti ini dan semoga Ulama-ulama yang tersedia ada dan akan datang akan mengikut jejak langkah dan cara Ustaz Azhar Idrus menyampaikan ceramahnya.
Gambar yang amat menyentuh hati yang dihantar oleh seorang sahabat Paksuu mengingatkan tentang perkara yang hampir sama berlaku dikalangan ahli keluarga Paksuu sendiri.Mungkin kita melihat bahawa anak-anak yatim yang masih kecil tidak mengerti apa-apa,mereka hanya tahu bermain dan melompat tapi jauh disudut hati mereka dan ada ketika masanya mereka tiba-tiba teringat mak atau ayah mereka yang sudah tiada dan mereka hanya menangis sendirian tanpa diketahui sesiapa.
Di suatu hari apabila anak-anak yatim ini sudah boleh berfikir pasti mereka akan merasai kehilangan yang sukar hendak digambarkan dengan tulisan dan kata-kata.
Sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan atau duit, tapi beri mereka pelukkan,usapan dikepala(Sunnah Rasululllah) & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui….
Kini seluruh ahli keluarga Senan dan keluarga Subandi khususnya tidak perlu lagi melihat orang luar atau orang jauh untuk menyumbang sesuatu kepada anak-anak yatim kerana anak-anak yatim yang kita kasihi ada didepan mata.Ahli-ahli keluarga kita yang telah kehilangan suami yang tercinta meninggalkan anak-anak yang masih kecil.
Mungkin ada yang pernah berkata anak yatim sekarang sudah senang kerana ramai yg memberi sumbangan,tidak seperti dulu…Paksuu ingin bertanya adakah kesenangan mereka itu mampu membeli kasih sayang seorang ibu atau belaian kasih seorang ayah?
Malah anak-anak yatim itu tidak sesenang yang kita sangkakan…yang senang hanyalah rumah anak-anak yatim yang pernah disiarkan di media massa sedangkan ada beratus-ratus lagi rumah anak-anak yatim yang belum kita ketahui ,yang amat memerlukan sumbangan kita.
Sri Rahayu bersama Allahyarham Zulhisham
serta kedua anak perempuan mereka Damia & Nasrin
Roziyah bersama Allahyarham Zainuddin
serta tiga anak lelaki mereka Amrin,Arman dan Amrun
Janganlah kita lupa bahawa Allah swt mengadakan kita daripada tiada kepada ada kemudian sekali lagi kita ditiadakan oleh Allah swt di dunia yang yang fana ini dan pasti memang kita semua ditakdirkan untuk kehilangan orang tersayang di satu hari nanti….hanya tunggu masa dan ketika sahaja.
Oleh itu berilah sumbangan pada anak-anak yatim ini tak kira sekecilnya atau sebesarnya untuk bekalan kita di akhirat dan berharap mendapat redha Allah swt namun keredhaan Allah swt bukanlah terletak pada kecil atau besarnya sumbangan kita tetapi keikhlasan didalam hati-hati kita.
Semua ini adalah nasihat untuk diri Paksuu sendiri dan pada mereka yang sudi membacanya dan mengambil kebaikan terhadapnya.
Pada ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang teringin hendak bersedekah kepada anak yatim secara terangan atau bersembunyi boleh salurkan pada akaun di bawah ini ;-
Anak Yatim
Nur Damia binti Zulhisham
Nur Nasrin binti Zulhisham
atas nama,
Sri Rahayu binti Subandi
Maybank 1627 4013 3052
Muhammad Amrin Ramadhan bin Zainuddin
Muhammad Amrun Ramadhan bin Zainuddin
Muhammad Arman Fitri bin Zainuddin
atas nama,
Roziyah binti Suparman
CIMB 1406 0536 5915 26
Beberapa Ayat Al Quran dan Hadis tentang kelebihan dan fadhilat bersedekah
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 195
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 215
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 245
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 254
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 261
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 262
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 263
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 264
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 265
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 267
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 268
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 271
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 272
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya) dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 273
Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 274
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 276
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 280
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
Al-Quran > Surah An-Nisaa’> Ayat 8
Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka) dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
Al-Quran > Surah An-Nisaa’> Ayat 39
Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.
Al-Quran > Surah An-Nisaa’> Ayat 114
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar
1. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Pada setiap waktu pagi dan petang, dua malaikat akan turun kepada seorang hamba lalu salah satu daripada malaikat itu berkata:
‘Ya Allah! Berikanlah orang yang mengeluarkan nafkah (sedekah) suatu gantian. ‘Kemudian berkata malaikat yang lain: ‘Ya Allah! Berilah kepada orang yang menahan diri daripada mengeluarkan nafkah (sedekah) akan kebinasaan.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Daripada Muaz Bin Jabal r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan: Puasa adalah pelindung,sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam.”
(Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)
3. Daripada Uqbah bin Amir al-Juhani r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Setiap orang berada di bawah naungan sedekahnya sehinggalah diadili di antara manusia (pada hari kiamat).”
(Hadis riwayat Ahmad)
4. Daripada Hakim bin Nizam r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Sedekah yang afdal adalah daripada lebihan keperluan.Tangan yang di atas (adalah yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (tangan yang menerima).”
(Hadis riwayat Muslim)
5. Daripada Ummu Bujaid r.ha, beliau berkata: “Wahai Rasullullah! Sesungguhnya orang yang miskin sering datang ke rumahku, tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepadanya”. Maka rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya engkau tidak mempunyai sesuatu untuk diberikan kepadanya melainkan kuku kuda yang telah terbakar maka hulurkanlah ke tangannya.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi)
6. Daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Perbuatan-perbuatan baik melindungi serangan jahat.”
(Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)
7. Daripada Abu Dzar r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Janganlah kamu menghina kebaikan sedikitpun , walaupun sekiranya kamu bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang ceria.”
(Hadis riwayat Muslim)
Wahai manusia,
Sungguh telah datang pada kamu bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Masa demi masanya adalah masa masa yg paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbul. Bermohonlah kepada Allah dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada orang fakir dan miskin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia!
#Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.
Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengadzab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.
Wahai manusia,
#Barangsiapa di antaramu memberi makan untuk berbuka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.
(Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan khotbahnya, “Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.”)
Wahai manusia,
#Siapa yang memperbaiki akhlaknya di bulan ini, ia akan berjaya melintasi Sirathul Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan dari perbuatan keji di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
#Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
#Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain.
#Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia!
#Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbi mu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi boleh menguasaimu.”
(Aku –Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadits ini– berdiri dan berkata, “Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.)
Rujukan:
1. At-Targhib oleh al-Mundziri [2/217-218],
2. Ghaliyah al-Mawaizh oleh al-Alusi [1/12],
3. Al-Matjar ar-Rabih oleh al-Hafiizh ad-Dimyathi [1/405-406, No.713],
4. Khutbah-khutbah Rasulullah SAW (Qisthi Press), hal.84, dan
5. Nafahaat Ramadhaniyyah oleh Marwan Wahid at-Tiftazani, hal. 23-24.