Bacaan dalam solat dan terjemahannya

Kita selalu dengar tazkirah dari para Ustaz bahawa salah satu faktor khusyuk dalam solat ialah dengan menghayati setiap makna bacaan dalam solat tersebut.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,

dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku,

Ibadatku,

hidupku,

matiku

adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak

menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

 

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian

 

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

 

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

 

Ya Allah, ampunilah daku,

Rahmatilah daku,

kayakan daku,

angkatlah darjatku,

rezekikan daku,

berilah aku hidayah,

sihatkanlah daku dan

maafkanlah akan daku

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta

keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

 Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah..

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di alam alam ini.

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.

Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.

Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.

Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.

Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.

Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.

Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.

Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)

Kuliah Ustaz Azhar Idrus januari 2012

    “Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang mengajak ke arah kebaikan, maka ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dan dari pahala-pahala mereka yang mencontohinya itu, sedang barangsiapa yang mengajak ke arah keburukan, maka ia memperoleh dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedrkitpun dari dosa-dosa mereka yang mencontohinya itu.” (HR Muslim)

*tgk pada tarikh..Ustaz Azhar akan turun ke lembah klang pada 28/1 dan 29/1…InsyAllah Paksuu akan hadir..semoga diberi masa dan ruang oleh Allah swt.

Kuliah Ustaz Azhar Idrus

 

InsyAllah jika diizinkan Allah swt Paksuu akan hadir kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ulama yang tersohor masakini walaupun beliau tidak pernah dijemput menyampaikan ceramahnya di TV tempatan mahupun Astro.Penyampaiannya yang bersahaja dan adakalanya menggunakan istilah-istilah dari orang muda membuatkan kita terasa dekat dengannya.

Yang paling penting bukanlah istilah-istilahnya atau kelakar-kelakarnya tapi isi kandungan dan penyampaian Ustaz Azhar Idrus membuatkan kita yang jahil menjadi berilmu dan bertambah ilmunya,yang lupa dan lalai kembali mengingati Allah,yang anggap perjuangan menegak hukum Allah swt tiada kaitan dengan dirinya mula sedar akan tanggungjawabnya.

Paksuu bersyukur walaupun golongan muda terkenal dengan gejala sosialnya tetapi setiap kali menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus masih ada ramai lagi jemaah golongan muda yang cintakan agama Islam ini Alhamdulillah.

Semoga bertambah ramai lagi golongan muda cintakan pada majlis ilmu seperti ini dan semoga Ulama-ulama yang tersedia ada dan akan datang akan mengikut jejak langkah dan cara Ustaz Azhar Idrus menyampaikan ceramahnya.

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Peta Masjid Al Falah

Related Posts with Thumbnails

Compression Plugin made by Web Hosting