Sudah lebih 3 bulan Paksuu tidak meng ‘update’ blog Paksuu.com ni…selama 3 bulan itu juga adalah usia perkahwinan Paksuu.
Tak tahu kenapa…adakah Paksuu kekurangan idea meng ‘update blog? Rasanya Paksuu banyak idea dalam kepala ni malah email Paksuu pun dah menimbun dalam ‘inbox’ dengan email dari sumber-sumber Paksuu yang mungkin Paksuu boleh kongsikan pada pelayar internet yang meng ‘klik’ web Paksuu.com masa tengah mencari maklumat di ‘Search Engine’.
Adakah perkahwinan itu membatas masa Paksuu? Mungkin ya kerana sebagai seorang suami memang kena beri banyak tumpuan pada isteri tercinta lebih-lebih lagi baru berkahwin ni
Memang Paksuu mengaku yang Paksuu sudah berbeza sekarang…dulu seorang kini berdua…dulu tidur seorang kini tidur berdua…dulu ‘iron’ baju sendiri kini ada orang yang ‘iron’kan…dulu pergi kerja kosong sekarang ada bekal,macam -macam makanan ada macamlah di ofis Paksuu takda cafeteria namun Paksuu amat menghargai dia..dulu boleh balik rumah lewat sekarang hati isteri kena jaga…dulu boleh ber jam-jam depan laptop sekarang hati isteri kena jaga..
Paksuu bersyukur kerana dijodohkan dengan wanita yang mementingkan agama dalam kehidupan…Paksuu memilih dia pun kerana dasar agama bukan paras rupa,keturunan mahupun harta jadi tidak perlulah lagi Paksuu hendak tarbiyah dia tentang kepentingan aurat atau solat serta ibadah lain tapi tanggungjawab mentarbiyah isteri memang tetap berterusan dalam hal-hal lain.Kekadang Paksuu pulak yang kena tarbiyah dengan isteri hehe
Tapi semakin lama Paksuu tidak meng ‘upate’ blog terasa macam ada satu kekurangan.Paksuu baca kembali setiap ‘posting’ yang Paksuu tulis dan ‘uploadkan…hampir kebanyakkannya memberi manfaat pada pembaca.Jadi rasanya tiada sebab untuk Paksuu berhenti menulis blog hanya kerana masa dan perkahwinan membataskan Paksuu.
Paksuu akan berusaha untuk terus meng ‘update blog’ … memang Paksuu berbeza tapi perbezaan ini adalah positif…mohon dijauhkan dari perbezaan yang negatif.
Paksuu dan isteri (Sri Hartuti)
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.










