dari Blogspot ke WordPress

Masuk hari ini sudah dekat setahun Paksuu menggunakan WordPress sebagai platform blog.Dan selama setahun juga Paksuu menggunakan blogspot dahulunya.Ini bermakna sudah hampir 2 tahun Paksuu berkecimpung dalam penulisan blog.

Bagi Paksuu Blogspot atau WordPress ada kelebihan masing-masing.

WordPress ada beribu-ribu plugin dalam mempelbagaikan dan mempopularkan blog seseorang itu namun Blogspot adalah platform blog yang paling mudah dan paling mesra pengguna.Cuma antara sebab Paksuu beralih pada WordPress kerana boleh pilih nama domain kita sendiri contohnya http://paksuu.com.Kalau guna Blogspot mungkin akan jadi begini http://paksuu.blogspot.com.Perkataan ‘blogspot’ tidak boleh dibuang jadi nampaklah macam menumpang ;-) .

Bagi Paksuu WordPress tidak sesusah mana pun,sama mudah macam Blogspot juga.

Tapi baru-baru ini syarikat hosting NetKL sudah menyediakan Blogspot sebagai platfform blog.Maksudnya perkataan ‘blogspot’ sudah boleh dibuang pada nama Domain kita.Baguslah begitu kerana pengguna sudah ada dua pilihan sekarang tapi kenalah beli Domain dan Hosting dulu dari syarikat NetKL ini.

Semuanya terpulang pada kesesuaian masing-masing.Bagi Paksuu walau apapun platform yang dipilih berblog atau menjadi blogger ini memang banyak keindahannya.

Ada orang berblog kerana hendak meluahkan perasaan dan pendapat tentang sesuatu perkara,ianya umpama diari bagi mereka.

Ada orang berblog kerana ingin membincangkan isu politik secara bebas tanpa sekatan kerana perbincangan isu politik dalam media massa seperti tv dan surat khabar yang dikuasai kerajaan yang memerintah terlalu banyak garis panduan dan tapisan.

Ada orang berblog untuk menambah pendapatan dengan menjual/mempromosi barangan di internet kerana pasarannya terlalu luas.

Ada orang berblog kerana hendak berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat tidak kira ilmu dunia atau akhirat kerana mereka tahu akan pahala yang mereka dapat sekirannya dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah swt.

Kepada sesiapa yang masih belum ada blog sudi-sudilah memilikinya.Bermulalah dengan blogspot kerana ianya percuma ;-)

Bagi Paksuu memang seronok rasanya jika penulisan kita dibaca oleh orang lain walaupun orang itu sendiri pun kita tidak pernah mengenalinya.

Pedulikan sekiranya tulisan kita tidak sehebat mereka.

Pedulikan sekiranya blog kita tidak sepopular blog mereka.

Pedulikan sekiranya blog kita tidak secantik/canggih blog mereka.

Kerana blog ini bukan Ahmad Albab yang punya tapi kitalah yg punya ;-) , asalkan jangan syok sendiri sudah.

Sekarang ini Paksuu tengah belajar platform Jommla la pulak.

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

8 Responses to “dari Blogspot ke WordPress”

  1. paksuu says:

    Maaf Husna..tgh sibuk uruskan majlis perkahwinan saya ;-)…dalam kepala skrg byk perkara saya nk tuliskan dalam blog…tpi masa tak mengizinkan…

  2. paksuu says:

    aha …lama2 guna rasa mcm senang je…tapi byk gi tak explore ;-)

  3. lalink7 says:

    paksuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…
    where r u??
    entri baru plesssssssssssss

  4. madihah87 says:

    salam..
    saya pernah guna joomla..best sgt..bagi sy senanglah guna..macam blogspot juga… :-)

  5. isza says:

    pernah cuba wordpress tapi memang makan masa nak mahir..
    slow2 jer paksuu

  6. paksuu says:

    aha Lan..jommla kena byk kemahiran teknikal sikit…tkper..lama2 Paksuu akn jadi expert InsyAllah hehe.

    Husna…Jommla ni kira fungsi dia sama mcm blogspot dan wordpress..platform utk buat blog atau laman web tpi dia kena byk phm psl teknikal dan lebih beri kebebasan pda pengguna..Paksuu pun baru nk study hehe

  7. lalink7 says:

    teringin juga mahu tukar ke wordpress..tapi nampak macam rumit kan..dahla bab it nie lembab2 skit..platform Joomla? ape tuee??

  8. Lan Bingka says:

    mula2 memang blur guna joomla, lama2 jadi best..

Leave a Reply





Compression Plugin made by Web Hosting