Solat atau Sembahyang?

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan
istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya,
istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur
“Syirik.”

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
“Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah”
dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh
penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai
“menyembah berhala yang bernama Hyang.”

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke
Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr
Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada
“menyembah dewa yang bernama Hyang.”

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian
pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada
mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka. Tetapi
Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai
“Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada
“menyembah dewa bernama Hyang.”

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun
untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh,”
kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah
hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai
kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati
dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

*Pada pendapat Paksuu sebaiknya kita guna perkataan solat kerana perkataan ini memang berasal dari bahasa Arab malah perkataan solat/solah memang banyak di dalam Al Quran.

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

4 Responses to “Solat atau Sembahyang?”

  1. paksuu says:

    sama2 Puteri dusun…baguskn kongsi ilmu

  2. Puteri Dusun says:

    Baru tahu ni.. Alhamdullillah dan insya’Allah akan dikongsi bersama rakan2 yg lain. Thanks Paksuu!

  3. isza says:

    trima kasih atas perkongsian ini..

  4. chah says:

    solat adalah yg terbaik sekali..tapi masa kecik2 dulu guna sembahyang…tp bila masing2 da tau yg perkataan sebenarnya adalah solat…perkataan sembahyang tak patut digunakan lagi…ya lah ade antara mereka yg jahil tak tau…so..tanggungjawab kita untuk memberi nasihat..

Leave a Reply





Compression Plugin made by Web Hosting