Jangan lupa Asam Jawa banyak khasiatnya

Ramai yang dah tahu berita seorang ibu muda di Jasin,Melaka terjumpa kepala anak biawak dalam bungkusan asam jawa yang baru dibelinya.

asam jawa

Kepala anak biawak dijumpai dalam bungkusan asam jawa

Paksuu pun rasa jijik juga dengar berita tu dan memang patut syarikat pengeluar asam jawa itu diambil tindakan oleh Jabatan Kesihatan sebagai pengajaran pada syarikat pengeluar lain.Namun janganlah kerana berita ini kita lupa akan khasiat asam jawa sejak turun temurun dapat mengubati pelbagai penyakit…InsyAllah…antaranya ialah :-

DEMAM PANAS

Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat .
SAKIT PERUT

Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
SAKIT ASMA

Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.
BATUK/PERIT TEKAK

Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.
LUKA/BISUL

Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.
ALERGI/BIDUREN

Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.
BENGKAK DISENGAT LIPAN ATAU LEBAH

Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.

*Sesiapa yang tahu lagi khasiat asam jawa bolehlah berkongsi info…bersihkan nama asam jawa kerana asam jawa tidak bersalah…yang bersalah ialah syarikat pengeluar tersebut.

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

5 Responses to “Jangan lupa Asam Jawa banyak khasiatnya”

  1. paksuu says:

    terima kasih amri

  2. kelakar says:

    kelakar…

    [...]Jangan lupa Asam Jawa banyak khasiatnya | Paksuu.com[...]…

  3. Frida Blaise says:

    Jual Asam Jawa :
    1.) Asam Jawa masih ada kulit (masak) Rp 3.000/kg
    2.) Asam Jawa sudah kupas kulit Rp 3.500/kg
    Harga Franco Surabaya.
    Pembayaran DP 50%, 50% serah terima barang.
    Stock 50 ton
    Hub : 081 330 92 8888 Up : Frida
    TQ

  4. paksuu says:

    umo baru…cabaran baru….kejayaan baru ye tak…amin ;-)

  5. Tetiba rasa nak muntah nie!!!
    Rasa risau plak nk beli asam jawa…
    Pak Suu rini bithday Cik Adi…:)
    Dah pon umur baru:)

Leave a Reply





Compression Plugin made by Web Hosting