Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W

Semua orang Islam tahu mukjizat Nabi Muhammad yang terbesar ialah Al Quran…kalau ada orang Islam yang tidak tahu mungkin maknanya dia dibesarkan dalam suasana tidak islamik iaitu mengikut cara sekular atau barat…ibu-bapanya mungkin tidak mementingkan pengajaran agama Islam pada anak-anaknya…ada kemungkinan juga satu keluarga itu jarang bersolat atau tidak bersolat langsung…semoga Allah swt memberi taufik dan hidayah pada mereka untuk kembali pada ajaran Islam yang sebenar. Tapi bukan itu yang Paksuu hendak bincangkan…perkara yang Paksuu hendak tulis ialah beberapa Mukjizat Nabi Muhammad dan perisitiwa aneh yang pernah berlaku pada baginda…Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad S.A.W,ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Sebelum masa kenabian


  • Ibu Muhammad,Aminah tidak pernah merasa sakit atau lelah seperti wanita lain yang mengandung.
  • Masa melahirkan Muhammad juga ibunya tidak merasa sakit hendak bersalin sehingga masa kelahiran.
  • Berhala yang ada di Kaabah tiba-tiba jatuh bersujud dan terdengar suara di dinding kaabah “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”
  • Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan/bersunat.
  • Usia 5 bulan Muhammad sudah pandai berjalan,9 bulan sudah pandai bercakap.
  • Semasa berumur 4 tahun Muhammad pernah dibedah perutnya oleh dua orang berbaju putih semasa sedang bermain-main dengan kanak-kanak lain,mereka membelah dadanya, mengambil jantungnya, dan membukanya serta membersihkannya dengan sejenis air.Peristiwa seperti itu juga terulang 50 tahun kemudian semasa peristiwa Isra Mikraj .
  • Pada masa kecil Muhammad pernah diajak ke pesta tradisi jahilliah iaitu pesta penyembahan berhala,dengan kuasa Allah swt semasa dalam perjalanan Muhammad terasa sungguh mengantuk dan tertidur di tengah-tengah perjalanan sehingga terlepas pesta tersebut.Muhammad tidak pernah menyembah berhala sepanjang hayatnya.
  • Usia 12 tahun semasa sedang beristirahat di wilayah Bushra dari perjalananya untuk berdagang bersama Abu Talib ke Syiria.Seorang Pendeta Bahira menceritakan bahawa kedatangan Muhammad itu diiringi dengan gumpalan awan yang menutupinya dari cahaya matahari.Tanda-tanda kenabian yang ada pada tubuh Muhammad dapat dilihat dengan jelas oleh Pendeta itu walaupun orang lain tidak menyedarinya.
  • Muhammad pernah memendekkan jarak perjalanan semasa pulang dari Syria,perjalanan yang memakan masa 7 hari tetapi Muhammad telah sampai ke Mekkah hanya 1 hari.

Pada masa kenabian

  • Ghaurat bin Harits iaitu musuh Nabi Muhammad semasa sedang menghunuskan pedangnya dileher Baginda,dengan hanya satu pandangan tajam Nabi Muhammad telah membuat seluruh tubuh badan Ghaurat bin Harits menggeletar ketakutan.
  • Pada satu peristiwa pernah menjadikan tangan Abu Jahal kaku.
  • Nabi Muhammad juga pernah dibantu Jin yang bernama Abdullah bin Abhar semasa dalam usaha dakwah baginda.

Menghilang diri dan menidurkan musuh

  • Menghilang semasa hendak dibunuh oleh utusan Amr at Thufail dan Ibad bin Qays utusan dari Bani Amr pada tahun 9 Hijrah.
  • Menghilang semasa dilempari batu oleh Ummu Jamil, bibi Muhammad ketika ia duduk di sekitar Ka’bah dengan Abu Bakar.
  • Menghilang semasa hendak dibunuh Abu Jahal ketika baginda sholat.
  • Menidurkan 10 pemuda Mekkah dengan taburan pasir yang merancang untuk membunuh baginda.

Binatang, tumbuhan, alam dan benda mati

  • Seekor serigala berkata-kata kepada Muhammad.
  • Berkata-kata dengan unta yang lari dari pemilik kerana masyarakat disekelilingnya meninggalkan sholat Isya.
  • Berkata-kata dengan unta pembawa hadiah raja Habib bin Malik untuk membuktikan bahawa hadiah tersebut bukan untuk  Abu Jahal tetapi untuk Muhammad.
  • Mengusap kantung susu seekor kambing untuk mengeluarkan susunya yang telah habis.
  • Batang pohon kurma meratap kepada Muhammad.
  • Berhala-berhala runtuh dengan hanya ditunjuk oleh Muhammad.
  • Mendatangkan hujan pada musim kemarau tahun 6 Hijrah di Madinah.
  • Berbicara dengan gunung untuk mengelurkan air bagi Uqail bin abi Thalib yang kehausan.
  • Merubah emas hadiah raja Habib bin Malik menjadi pasir di gunung Abi Qubaisy.
  • Memerintahkan gilingan tepung untuk berputar dengan sendirinya.
  • Tubuh Muhammad memancarkan petir ketika hendak dibunuh oleh Syaibah bin Utsman pada Perang Hunain.

Makanan dan minuman

  • Makanan sedikit yang dapat  dimakan sebanyak 800 orang pada Perang Khandaq
  • Sepotong hati kambing cukup untuk 130 orang.
  • Makanan yang dimakan tidak berkurang malah bertambah tiga kali lipat.
  • Menjadikan beras merah sebanyak setengah kwintal yang diberikan kepada orang Badwi Arab tetap utuh tidak berkurang selama berhari-hari.
  • Menjadikan minyak samin Ummu Malik tetap utuh tidak berkurang walau telah diberikan kepada Muhammad.
  • Air memancar dari sela-sela jari.Kemudian air itu untuk berwudhu 300 orangsahabat hanya dengan semangkuk air.

Mendo’akan dan menyembuhkan

  • Menyembuhkan betis Ibnu Hakam yang terputus pada Perang Badar , kemudian Muhammad meniupnya, lalu sembuh seketika tanpa merasakan sakit sedikit pun.
  • Mata Qatadah terluka pada Perang Uhud, sehingga jatuh dari kelopaknya, kemudian oleh Muhammad mata tersebut dimasukkan kembali dan menjadi lebih indah dari sebelumnya.
  • Mendo’akan untuk menumbuhkan gigi salah seorang sahabatnya bernama Sabiqah yang rontok sewaktu perang.
  • Menyembuhkan penyakit mata Ali bin Abi Thalib saat pemilihan pembawa bendera pemimpin dalam perang Khaibar.
  • Menyembuhkan luka gigitan ular yang diderita Abu Bakar dengan ludahnya saat bersembunyi di Gua Tsur dari pengejaran penduduk Mekkah.
  • Menyembuhkan tangan wanita yang lumpuh dengan tongkatnya.
  • Menyambung tangan orang Badwi yang tangannya putus setelah dipotong oleh dirinya sendiri setelah menampar Muhammad.

Mukjizat terbesar

  • Membelah bulan dua kali untuk membuktikan kenabiannya pada penduduk Mekkah.
  • Isra ke Masjidil Aqsa dari Masjidil Haram lalu Mikraj ke Sidratul Muntaha dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam pada tanggal 27 Rajab tahun 11 Hijriah.
  • Menerima Al Quran sebagai Firman Tuhan terakhir padahal ia seorang yang buta huruf.

sumber : wipikedia

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

5 Responses to “Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W”

  1. tambang,energi,minyak,esdm…

    [...]Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W | Paksuu.com[...]…

  2. paksuu says:

    terbaik dari Paklong

  3. PAK LONG says:

    MANUSIA ADALAH SEMULIA-MULIA MAKLUK. NABI ADALAH MANUSIA TERPILIH DALAM KALANGAN MANUSIA. RASUL ADALAH MANUSIA TERPILIH DALAM KALANGAN NABI.RASUL ULUL AZMI ADALAH MANUSIA TERPILIH DALAM KALANGAN RASUL DAN MUHAMMAD SAW ADALAH MANUSIA TERUNGGUL DALAM KALANGAN RASUL ULUL AZMI. TIDAK ADA NABI DAN RASUL SELEPASNYA. FIKIRLAH SENDIRI…..

  4. paksuu says:

    jika ada yg menghina nabi muhammad s.a.w..maka bangkitlah membela.

  5. Roha says:

    Salam.
    Nabi Muhammad ” INSAN TELADAN SEPANJANG ZAMAN”.

Leave a Reply





Compression Plugin made by Web Hosting