Bertunang atau dalam bahasa inggerisnya ‘Engage’ adalah…kalau menulis artikel sesetengah dari kita mesti hendak letak perkataan inggeris…apalah hendak dibanggakan dengan perkataan inggeris tu…Paksuu tak kata perkara itu salah…tapi apa salahnya kalau kita letak perkataan Arab pula.
Bertunang atau dalam bahasa arabnya ialah ‘Khitbah’ adalah muqadimmah atau permulaan kepada ‘Az-zawaj’ iaitu dalam bahasa melayunya bernikah atau berkahwin…Bila letak perkataan arab pula…sesetengah dari kita akan berkata…”itu nak menunjuk alimlah tu”…sedangkan perkataan arab adalah salah satu bahasa di dunia…Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W juga adalah bangsa arab.
Apabila pasangan itu bertunang…ada sesetengahnya tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah menegakkan salah satu syariat Islam.Jadi apakah hikmah dan faedahnya bertunang ini?…antaranya ialah memberi peluang kepada kita untuk at-ta’arruf/berkenalan dengan pasangan masimg-masing dari segi zahir dan batin sebelum melangsungkan perkahwinan.
Paksuu ada terbaca yang Dr Yusof Al Qardawi menulis…di dalam tempoh Khitbah/bertunang ini…tiada hak bagi tunang lelaki kecuali hak untuk melamar sahaja…iaitu hak bahawa lelaki lain tidak boleh meminang wanita itu.
Jadi apa maksud sebenarnya bertunang ini lebih-lebih lagi pada seorang lelaki ?…pada fikiran Paksuu lelaki yang sudah bertunang tadi tiada hak untuk menyentuh mana-mana bahagian tunangan wanitanya termasuklah berpegang tangan,dicium tangan ataupun menyarung cincin sekalipun…lelaki itu juga tiada hak untuk meminta tunangan wanitanya menaiki motor dan berpelukan bersama-sama di atas motor…lelaki itu juga tiada hak untuk mengajak tunangan wanitanya untuk berkaraoke dalam bilik tertutup berdua-duaan…lelaki itu juga tiada hak untuk melihat aurat tunangan wanitanya…dan bermacam-macam lagi yang hanya boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri sahaja.
Mungkin ada sesetengah pasangan bertunang atau yang sudah menjadi suami isteri akan teringat kembali kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan sepanjang tempoh bertunang…masih belum terlambat untuk bertaubat.
Hakikatnya seperti biasa artikel ini adalah nasihat untuk diri Paksuu sendiri sebenarnya.
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.










