Kelebihan baca Bismillah

bismillah

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ‘BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM’ yang bermaksud ‘Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha   Penyayang..’

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.   Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap   wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. ‘BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ‘ (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL  Muddatsir: 30). Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

12. Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

6 Responses to “Kelebihan baca Bismillah”

  1. paksuu says:

    sama2 kita kongsi ilmu ;-)

  2. eza says:

    Alhamdulillah.. Bnyk topik2 menarik…
    Terima Kasih Pak su

  3. paksuu says:

    maaf lmbt reply…Ibnu Mas’ud ni mmg popular…sahabat nabi yang dijamin masuk syurga…masuk Islam masa zaman budak2…antara yg terawal masuk Islam..penghafal al Quran dgn suara yg sgt merdu…perawi Hadis.. http://www.al-ihkwan.net

  4. kay says:

    salam paksu….sy ada 1 persoalan…..siapakan dia Ibnu Mas ‘ ud seperti yang paksu sebut kan pd point nombor 6 tu????? sy betul2 nk tahu….bole tambah2 ilmu ni….sbb sy ade dega satu ayat yg menyebut nama Ibnu Mas ‘ ud nie……..harap paksu bole email pd sy nnt=) :)

  5. paksuu says:

    sama-sama…kalau dulu Paksuu kkdg terlupa baca bismillah….kita tak sedar betapa besarnya pahala baca bismillah kan

  6. farhana says:

    Time kaseh paksuu.. Bagus amalkan slalu.. ;)

Leave a Reply





Compression Plugin made by Web Hosting