Hj Naguib jual daging babi

babihalal

Gambar ni Paksuu dapat dari laman web PPIM…memang gambar ni datang dari seberang…cuma Paksuu tertanya-tanya bagaimana agaknya ‘level’ pemikiran segelintir orang di seberang sana?

Paksuu harap ‘HJ’ itu tidak mewakili haji…harapnya begitu.

Memang kita rasa jelik melihat gambar ini…tapi sedar atau tidak orang kita pun sudah semakin ramai sebenarnya tidak menitik berat masalah halal/haram ini…main belasah saja makan kat mana-mana…tgk sedap je terus makan.

Mungkin kalau ada orang jual daging dengan meletakkan kepala babi di sebelahnya tiada orang Islam yang akan membelinya di negara kita ini…tapi bagaimana dengan makanan berperisa campuran babi?,air minuman mengandungi gelatin babi?,ayam bercampur babi dalam satu peti ais?,restoran yang menjual makanan yang bercampur halal dan haramnya walaupun ada segelintirnya memiliki tanda halal?

Kita tidak tahu samada tanda halal itu palsu atau tulen…jangan kita harapkan JAKIM dan PPIM saja…kita juga boleh jadi mata dan telinga badan berwajib ini.

Selalu-selalulah melayari laman web PPIM ni…banyak ilmu tentang makanan halal/haram yang kita boleh dapat.

Sekali lagi…nasihat Paksuu untuk diri sendiri dan orang lain…janganlah main belasah je…ingat akan kesannya pada anak dan keturunan kita…mencari yang halal itu wajib.

Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

7 Responses to “Hj Naguib jual daging babi”

  1. paksuu says:

    ye betul..harap semoga tak jadi seperti di sana

  2. Ekal says:

    kat sana, tak sama macam sini, orang islam boleh kahwin dengan org kristian.

  3. paksuu says:

    waduh…ada jugak babi terlepas di tanah suci…macamana nih ;-)

  4. Alam Hijau says:

    ha ha ha … lucu juga komentar Pelangi Anak, meskipun tidak masuk akal…

    tentusaja ‘HJ’ tersebut bukan kependekan dari gelar ‘Haji’

  5. Pelangi Anak says:

    BARANGKALI BABINYA SUDAH DIAJAK PERGI ZIARAH HAJI KE TANAH MEKAH SEHINGGA TELAH MENJADI HALAH HE HE HE … JUST KIDDING!

  6. paksuu says:

    ye betul tu…tapi kalau awal2 lagi org islam sudah menyerah kalah dengan mengatakan susah nak carik yg halal dan redha dgn apa yg berlaku…maka golongan kapitalis dan kafir akan bersorak gembira kerana mereka hampir menang dalam merosakkan org Islam

  7. ije says:

    kadang2 kalau berhati2 pun, tetap tak dpt elak. lagi2 kes satu peti ais. takkan nak belek peti ais kedai tu.

Leave a Reply





Compression Plugin made by Web Hosting